Pages

Subscribe:

13 May 2008

Tips Bilik Sempit Nampak Luas

Bilik yang kecil memang kurang memberi keselesaan kepada penghuninya. Cubalah konsep rekaan ini yang mampu membuat bilik kecil kelihatan lebih besar dan luas.

Gunakan warna cerah
Dinding berwarna cerah dan terang adalah lebih bersifat pemantul dimana ia akan membantu memaksimumkan kesan yang dihasilkan oleh cahaya semulajadi. Namun, ini tidak bermakna anda harus menggunakan dinding yang berwarna putih. Terdapat pelbagai warna cerah seperti hijau cerah, kuning muda atau krim.

Sebaik sahaja warna dinding telah dipilih, pilihlah pula warna untuk acuan dan kemasan. Catlah warna tersebut sama dengan warna yang sama dengan dinding atau warna yang lebih cerah. Objek cerah nampak dekat sementara objek gelap atau bebayang kelihatan seperti jauh dan membuat bilik anda menjadi lebih besar.

Jangan bimbang jika bilik anda menjadi tidak menarik kerana warna gelap boleh digunakan bersama perabut, hasil seni dan aksesori lain. Jika warna bilik sememangnya gelap, cubalah memaksimumkan warna putih dengan cara mengubah warna gelap tersebut sebagai latar belakang.

Berhati-hati apabila menggunakan kertas dinding. Lebih selamat menggunakan satu warna sahaja di samping menggunakan corak kecil sebagai warna kedua.

Apa sahaja warna dinding atau warna terakhir, dinasihatkan mengecat siling dengan warna betul-betul putih untuk memaksimumkan kecerahan.

Penggunaan Cermin
Cermin boleh memberi kesan yang menarik bagi meluaskan bilik. Cermin yang besar dalam bilik akan memberi pantulan cahaya semulajadi dan cahaya buatan bagi menampakkan bilik cerah pada siang dan malam. Cermin juga memantulkan cahaya terang dari luar masuk ke dalam bilik menjadikan bilik kelihatan lebih besar.

Gunakan pintu kabinet berkaca bagi membuatkan ruang menjadi lebih besar dan tidak sesak. Cermin besar di meja solek, pintu almari pakaian bercermin atau dinding besar dari lantai sehingga ke dinding boleh membuatkan ruang yang kecil nampak besar.

Susunan Perabot
Susun sesetengah perabot besar di sudut. Anda tidak perlu meletakkan setiap perabot pada sudut 45 darjah dengan tepat, selalunya sudut yang kurang nampak cantik jika diseimbangkan dengan perabot lain.

Meletakkan perabot pada sudut amat berkesan kerana garis lurus yang panjang dalam sesebuah bilik adalah berpenjuru. Apabila anda meletakkan perabot di sudut, ia membawa ke arah ruang yang panjang dan jauh daripada dinding yang rendah.

Perabot Sepadan dan Berskala
Pilihlah perabot yang telah sepadan dengan keluasan bilik. Sebagai contoh, dalam bilik kecil gunakan kerusi terbuka pada bahagian belakang atau sofa ringkas daripada perabot yang sarat dengan hiasan. Ini adalah untuk memastikan perabot tidak menguasai ruang.

0 comments: