Selain penggunaan cat yang bersesuaian, dekorasi yang bertepatan juga mempengaruhi kecantikan kediaman. Menjadi kelaziman bila disebut dekorasi apa yang terfikir oleh kita ialah hiasan dinding, perabot-perabot mewah serta pelbagai hiasan-hiasan lain.
Sesekali kita boleh membangkitkan keceriaan kediaman dengan menjadikan pokok-pokok segar sebagai salah satu hiasan. Pastikan pokok segar yang hendak diletakkan sebagai penyeri kediaman bersesuaian dan bertepatan. Pokok yang sesuai diletakkan di dalam rumah adalah seperti pokok yang kurang memerlukan cahaya matahari secara terus. Ini bagi memastikan pokok tersebut hidup tanpa ada pencahayaan yang cukup.
Bila menjadikan pokok segar sebagai satu hiasan di dalam rumah, pastikan lokasi menempatkan pokok tersebut perlu bersesuaian. Tempat yang paling sesuai untuk menempatkan pokok hiasan adalah di sudut-sudut yang kurang kita lalu lalang. Pastikan juga di ruang tersebut tidak ada hiasan yang lain bagi mengelak ruang menjadi semak.